Friday, July 20, 2012

PROSES MEMBINA RUMAH SENDIRI


RINGKASAN PROSES MEMBINA RUMAH SENDIRI

(Di ambil dari forum Carigold posting oleh bro. Sawamura)

1. Cari dan miliki tanah yang dikehendaki
- Ambil kira faktor2 yang dinyatakan di atas

2. Lantik Arkitek
- Pilih arkitek yg banyak pengalaman dalam mengendalikan projek banglo persendirian
- Boleh PM saya untuk recommendation arkitek berdasarkan pengalaman saya bekerja di bidang ini

3. Lantik konsultan-konsultan lain
- Civil and Structure engineer (C&S)
- Mechanical and Electrical Engineer (M&E)
- Quantity surveyor (QS)
- Sekiranya tidak tahu siapa untuk dilantik, minta recommendation arkitek.

4. Feasibility Study
- Berapa estimated construction cost
- Apa expected finishing
- Dari situ, minta arkitek, c&s, dan m&e untuk majukan estimated cost untuk projek nih, termasuk segala yg berkaitan dengan authority
- tentukan berapa harga binaan per luas tanah ( RM/sqft). Recommended antara RM200-RM250 per sqft
- Tanya arkitek dan consultant bila expected completion. (pegang tarikh nih sepanjang construction)

5. Minta Schematic Design dari arkitek
- Arkitek akan tanya konsep apa yg mahu. Modern? Klasik? Tropica? etc
- Tentukan layout rumah. Dapur kt mana. Ruang tamu besar mana. Toilet berapa etc.
- Pastikan jumlah luas rumah sama dengan konsep asal supaya bajet kita x burst
- Minta arkitek tunjukkan gambar arch impression. dari sini kita tahu secara kasar macam mana bentuk rumah kita nanti
- Bila semua dah ok, boleh sign schematic drawing tuh. Lepas sign kalo tukar design arch akan charge lain, so pastikan betul2 sama apa yg kita nak. Tak perlu detail, cukup sekadar layout betul, luas betul, dan facade dia seperti yg kita inginkan 

5. Detail Design
- Arch. akan submit Development Order (DO) kepada majlis. Takyah kisah sangat pasal nih biar arch yg uruskan
- Arch akan coordinate dengan c&s and m&e untuk design.
- Semua detail dalam rumah i.e jenis cat, jenis jubin, power point, even mangkuk jamban sekalipon akan direcommendkan oleh arkitek dan konsultant masa ni. Tugas kita pastikan kita x burst bajet. Sentiasa tanya QS berapa bajet kalo letak ni, letak tu etc
- Bila semua detail dah ada, arch akan submit Building Plan (BP) ke majlis.
- Tunggu sehingga BP lulus (estimated 2-3 bulan)

6. Tender Stage
- Dengan menggunakan semua detail yang dah ditentukan kt atas, QS dan M&E kena sediakan tender document.
- QS akan cover semua yg berkaitan dengan arkitek finishes dan structure and civil
- M&E pulak akan buat untuk mechanical and electical services
- Tujuan tender nih adalah untuk pastikan kompetitif antara kontraktor2 yang berminat.
- Dengan kata lain, tender penting supaya satu kontraktor x kapur kita sesuka hati dia

7. Tender Evaluation
- Setelah kontraktor2 yang berminat (sekurang2 tiga kontraktor) hantar tender dioarng, konsultan perlu nilai setiap tender
- Part nih biar consultant uruskan, yg kita kena pastikan, contract sum adalah sama atau kurang daripada bajet kita.
- Sambil perhatikan harga yang ditawakan untuk kerja2 membina tuh, kita kena consider jugak pengalaman kontraktor2 sebelum-sebelum ini..
- Bila semua dah agree, kita akan award kerja bina rumah tuh kepada satu kontraktor dengan harga yang dia tawarkan.

8. Constuction
- Kontraktor yang dapat projek ini perlu membina rumah tersebut mengikut setiap perincian yang arkitek dan konsltant berikan.
- Kalo arkitek mintak jamban A (yg kita dah setuju), kontraktor x bleh kasik jamban B, kecuali atas persetujuan kita
- Sama jugak, kalo kita mintak water pump grundfos, kontraktor x boleh suka2 letak pump XYZ..
-OK, korang dapat laa idea dia macam mana konsep contract vs actual installation at site
- Dari masa ke semasa, konsultan perlu pantau progress kontraktor untuk pastikan diorang x delay projek, dan jugak untuk pastikan diorang install seperti yang arkitek dan konsultan specified

9. CPC
- CPC bermaksud Certificate of Practical Completion
- Arkitek dan engineer akan check semua installation adalah mematuhi apa yang telah disenaraikan
- Bila semuanya dipatuhi, contractor secara practikalnya dah siapkan semua kerja dia.
- Cuma dia kena ada si situ bila authority datang check..

10. CCC
- last stage.. bila semua dah complete. letrik dah masuk, air dah masuk, majlis and bomba dah luluskan, arkitek perlu memohon CCC daripada majlis
-CCC bermaksud Certificate of Completion and Compliance. Bagi yang x familiar, nama lain bagi CCC dahulunya ialah CF (certificate of fitness)
- Bila dah terima CCC, barulah bangunan tuh dari segi undang2nya sah untuk diduduki
- Dan bila dah dapat CCC, automatik seandainya terjadi apa2 kemalangan disebabkan kesalahan design, arkitek dan engineer akan disabitkan bertanggungjawab

11. Habis
- Dah boleh beli perabot and start buat doa selamat