Thursday, October 17, 2013

KWSP Pengeluaran Akaun 2 untuk Bina Rumah

PENGELUARAN MEMBINA RUMAH

TUJUAN

 Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah secara individu; ATAU
 Pembinaan secara bersama dengan suami / isteri.

 Pengeluaran untuk membina rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan
bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong,
penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek
rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

KELAYAKAN MEMOHON

 (i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian
memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang;
 Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
 Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

 Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN

 Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN

1. Ahli membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri;
 ATAU
Suami / isteri ahli membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli;
ATAU
Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah & Sarawak);
ATAU
Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf, dengan syarat mendapat pengesahan
daripada agensi tersebut untuk menentukan status pemilikan tanah.

2. Pembiayaan pembinaan rumah melalui :-

 (i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :-
 Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
 Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
 Majikan ahli
 Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
 Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
 Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP;
 ATAU
 (ii) Secara tunai

3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima

4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan;
ATAU
Ahli telah membuat pengeluaran untuk membina rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membina
rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan

5. Kos membina rumah adalah amaun yang dinyatakan di dalam Surat Perjanjian Membina Rumah. Kos membeli tanah juga boleh diambil kira
dengan syarat tarikh Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perjanjian Membina Rumah.

6. Ahli tidak layak memohon sekiranya :-

 Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
 Mengubahsuai, membaiki / membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
 Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
 Membina rumah ketiga.
 Membina rumah di luar negara
 Membina rumah bersama individu lain yang tiada pertalian suami-isteri

KWSP Pengeluaran Akaun 2 untuk Pembelian Rumah



Maklumat Pengeluaran KWSP

PENGELUARAN MEMBELI RUMAH

TUJUAN

 Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.

 Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan
bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong,
penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek
rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

KELAYAKAN MEMOHON

 (i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian
memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang ;
 Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
 Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

 Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN

 Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

SYARAT- SYARAT PENGELUARAN

Ahli Layak Memohon Sekiranya :-

1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ /
‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.

2. Pembiayaan pembelian rumah melalui ;

 (i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :-
 Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
 Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
 Majikan ahli
 Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia).
 Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
 Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP;
ATAU
 (ii) Secara tunai.

3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.

4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya
atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.

5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah
hendaklah dalam tempoh 6 bulan).

Ahli Tidak Layak Memohon Sekiranya :-

 Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
 Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
 Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
 Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
 Membeli rumah ketiga
 Membeli rumah di luar negara